GRABCAR TIPS

Masih ramai new Grabcar Driver yang terpinga-pinga apa benda la maksud incentive. Bukan apa. Module ni memang tidak diajar secara specific melainkan seseorang driver tu melakukanya sendiri dengan teknik dan kiraan yang betul. Jom kita kupas satu per satu.



Memahami Incentive dengan lebih jelas

1. Apa itu incentive ?

Incentive adalah bonus kepada pemandu yg dinilai bedasarkan pemanduan dalam jangka masa seminggu bermula dari Isnin 12.01am sehinggalah Ahad 11.59pm.

Bayaran Incentive akan dikumpul oleh system Grab dari isnin hingga ahad.
Andai kata anda layak dapat RM500 seminggu. RM500 akan masuk dahulu ke dalam (Credit) topup pada selasa atau rabu minggu berikutnya untuk tatapan anda dan akan automatic bank in pada hari jumaat ke dalam akaun bank. Tetapi perlu diingat, nilai RM150 tetap akan kekal didalam topup. Hanya RM350 yang akan di bank in.

2. Bagaimana utk layak?

Sila lihat criteria pemandu di bawah untuk menilai kelayakan anda berdasarkan Acceptance Rate, Cancellation Rate dan rating.

3. Siapakah yg paling ideal utk bermain dgn incentive?

Secara umumnya driver full time lebih ideal kerana mereka boleh memandu dari awal pagi hingga ke malam hari.

4. Kenapa Incentive Bagus??

Anda boleh jimatkan minyak dan kurangkan kos bergerak. Bayangkan trip yang berharga RM3, tetapi Grab tambahkan RM22. Semakin kecil nilai tambang semakin besar incentive yg kita dapat.


3 Category Grab Driver
Peratusan dikira dari Isnin 12.01am-Ahad 11.59pm
AR: Acceptance Rate
CR: Cancellation Rate
SR: Star Rating Mingguan

1. Grab Ambassador
Hanya disarankan bagi Fulltimer yang start drive dari awal pagi hingga 9pm. Kena Opt In (Subscribe) dahulu. Tapi lepas subscribe, anda wajib delete apps Uber.
Cara Subscribe adalah dengan click LINK GRAB AMBASSADOR.

Criteria Grab Ambassador
AR Mingguan: 85% ke atas
CR Mingguan: 10% ke bawah
SR Mingguan: 4.7 ke atas
Kelebihan
Incentive lagi besar yg di offer dari Grab. Hanya sesuai utk fulltimer yg main incentive. Sebab? Sebab nak jaga AR atas 88% ni ibarat sapu semua job setiap hari tanpa ignore.
Kekurangan
Tidak boleh on UBER app jika anda sememangya driver uber. Tidak boleh install UBER app di dalam phone. Antara syarat utk menjadi Grab Ambassador adalah perlu memberikan username dan password account UBER anda. Selain tu,adalah agak sukar untuk mengekalkan AR/CR/CR dalam seminggu. Boleh stress.

Table Incentive bagi Grab Ambassador



2. Grab Pro
Ini adalah category driver yang tidak subscribe Grab Ambassador tapi mengekalkan AR/CR/SR dengan baik dalam seminggu. Jadi driver sebegini layak untuk dapat incentive jika memandu pada waktu2 incentive yang ditetapkan dalam table di bawah.

Category Grab Pro
AR Mingguan: 88% ke atas.
CR Mingguan : 10% ke bawah
SR Mingguan: 4.7 Star ke atas

Table Incentive bagi Grab Pro 

3. Grab Flexi
Ini adalah category yang paling popular bagi part time atau fare driver. Driver Grab Flexi akan hanya memilih job atas RM7 ke atas sahaja. Atau driver yg hanya pilih job ke airport atau dari airport.

Criteria Grab Flexi
AR Mingguan: 30%-87% (Kalau bawah 30% kena suspend)

Kenapa part time tak perlu memikirkan incentive? Sebab part time biasanya start drive pada waktu malam yg mana incentive sangatlah rendah. Agak rugi. Jadi lebih bagus untuk menjadi fare player. Pilih job yg besar sahaja.



Dah tau anda category yang mana? Kalau tak faham macam mana nk kira table di atas, jom kita kira secara asas.

Katakan Ali adalah Grab Pro.
Sila lihat table Grab Pro di atas


Sebagai contoh pukul 9-10am pada hari isnin. Category HP (High Peak). Incentive yang grab bagi ada 4.
1. RM18 jika 1 job dalam sejam
2. RM25 jika 2 job dalam sejam
3. RM35 jika 3 job dalam sejam
4. RM42 jika 4 job dalam sejam

Maksudnya. Kalau dalam sejam Ali online ni dan hanya dapat 1 rider sahaja. Fare RM3.

RM18-RM3=RM15

RM3 Fare yang Ali collect dr rider.
RM15 Incentive yang Grab bagi dekat Ali

Tapi kalau dapat 4 job?

Contoh kesemua empat-empat job RM3.

So maknanya 
 RM42-RM12 (4 job) = RM30

RM12 Fare yg driver collect dari 4 job
RM30 Incentive yg Grab bagi dekat Ali


Tips-Tips Incentive Driver

1. Sentiasa pandai mencari lokasi kawasan short trip. Sebagai contoh kawasan student/university/tempat office. 

2. Sentiasa set jam anda tepat dengan jam malaysia. 

3. Gunekan kiraan 50 minit sahaja. Andai kata anda online pkul 7am. Dapat request pkul 7.15am. Drop off pkul 7:40am. Apabila sampai 7.50am anda offline. Tepat pkul 8.00am anda online semula. 
Ini bagi mengelakkan terdapat job besar yg masuk pada pkul 7.50am-7.59am. 

4. Sentiasa tap button offline ketika membawa rider. Untuk mengelakkan job baru masuk.









No comments:

Post a Comment