
Zaman sekarang, semua orang nak cari duit lebih. Nak cari Part Time Job. Dan yang paling Trending sekarang, buat Part Time sebagai UBER atau Grab Driver. Ini adalah soalan paling TOP dari kebanyakan bakal driver yang nak daftar. Jadi kami kupaskan satu persatu beza UBER dan GrabCar.
1. Uber dan Grab sebuah company yg berbeza
UBER datang dari US (founded by Travis Kalanick). Ianya tersangatlah INTERNATIONAL. GRAB pula dahulunya dikenali sebagai GrabTaxi atau MyTeksi diasaskan dari Malaysia (founded by Anthony Tan).
Kedatangan UBER di Malaysia bermula seawal Januari 2014. Grab pula seawal May 2014.
2. Boleh ke jadi driver untuk kedua-dua app sekaligus
Boleh sangat. Untuk memaksimumkan income, memang disarankan untuk menggunakan kedua-dua app.
Kebanyakan UBER driver adalah Grab driver. Begitulah sebaliknya. Tiada halangan untuk daftar kedua duanya sekaligus.
3. Berapakah commission yang diambil dari driver
UBER: 25%
GRAB: 25% (Bermula 14 Ogos 2017)
4. Apa beza dari segi app?
Kedua2 app adalah berlainan tetapi objective nya tetap sama iaitu membawa penumpang ke destinasi.
Beza terbesar adalah, UBER driver tidak tahu destinasi penumpang selagi penumpang tidak masuk kedalam kereta. Mereka hanya tahu setelah penumpang selesai masuk, dengan menekan button Pick Up di dalam app.
Kelebihan pada GRAB driver adalah, driver sudah tahu kemana destinasi penumpang beserta harga perjalanan sebelum menerima job tersebut.
***
Anda hanya boleh menggunakan App hanya apabila anda sudah mendaftar dan berjaya diaktifkan sebagai driver.
5. Bayaran Gaji
Terdapat 2 cara bayaran dari penumpang sama ada Cash atau Credit Card.
Jika UBER, bagi trip yang dibayar dengan cash, ambil sahaja seperti biasa. Jika ianya Credit Card, wang akan dikumpul bersama trip trip credit card yang lain dan akan dimasukkan ke dalam bank anda pada hari Rabu minggu berikutnya.
Berbeza dengan Grab, bagi trip yang dibayar dengan cash, ambil sahaja seperti biasa. Tetapi jika ianya Credit Card, wang tersebut akan muncul di dalam app serta merta selepas menurunkan penumpang. Anda boleh membuat pilihan untuk transfer ke dalam bank atau tidak. Tempoh menunggu transaksi bank biasanya 2-5 hari waktu bekerja.
6. Cara Daftar UBER & GRAB

Pendaftarn online di website UBER dan GRAB sangatlah membuang masa kerana anda masih perlu membuang masa datang ke office mereka di PJ dan bawak document untuk proses pengesahan.
Jadi cara yang pantas adalah mendaftar bersama SPECIAL TEAM kami yang boleh membantu pendaftaran tanpa perlu ke office.
Click di SINI untuk mendaftar melalui whatsapp.
Click di SINI untuk mendaftar terus secara online.